Tuesday, November 22, 2011

KITA MENANG!!!!!


assalamualaikum...

im glad to write back in this column. First of all, i would like to wish " CONGRATULATIONS TO HARIMAU MALAY TEAM". alhamdulilllah. syukur kepda ALLAH kerana di beri kekuatan kepada seluruh ahli pasukan Harimau Malaya atas kerja keras mereka sepanjang 120minit pertarungan di dalam gelanggang yang boleh di anggap menggerunkan kerana telah di penuhi oleh 100 000 orang penyokong rakyat Indonesia sendiri.Dan penyokong dari Malaysia boleh di kira dengan jari sahaja jumlah penyokongnya. Bersyukur juga sebb aku sempat tengok langsung perlawanan ini yang di pancarkan terus dari TV3. Pergh,,, memang x di nafikan pasukan kita dan pasukan Indon memang handal belaka. Aku x nak bercerita panjang sebb aku amat teruja nak menulis cket sebb aku hanya ada lebih kurang 30mint sahaja tuk menaip. hehehehe....

Secara ringkas juga,ingin aku menulis lagi bahawa sekali lagi pasukan bola sepak negara memberi satu hadiah yang amat berharga tuk rakyat Malaysia dengan membawa pulang emas sukan Sea 2011.

Sunday, March 6, 2011

SAMPAH DAN BUMI KITA

Nama pun sampah, hari-hari kita semua bikin sampah....

Niat sebenar aku ni nak terus tidoq ja, lepas basuh n lipat baju. Kelat-kelat dah mata aku ni. Mengantuk sangat. Tapi tangan ni gatal sangat nak godeh-godeh cik band aku ni yang kekadang wat aku geram sangat. Jap line o.k, jap k.o. Hangin ceq lagu ni... !!!!! Tetiba aku tertengok satu video dari sumber Amazing Nara. Wah, this guys very smart,cool and intelligent. I tell u ha... ''he's handsome.."~hehehehe .

Sebelum tu, biaq ceq habaq dulu kat koghang semua. Sekadar berkongsi informasi. La ni kerajaan telah pun melancarkan Kempen Hijau. Pe kempen tu? Makan makanan hiju ke? Pakai baju hijau? Atau minum air hijau??? Oh, no no no... Kempen Hijau ini telahpun banyak di tayangkan melalui saluran media elektronik. Pernah korang tengok tv yang ada iklan pasal sorang pakcik nasihat kat anaknya tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan sekaligus bumi kita ini. Kempen ini termasuk la penjimatan dari penggunaan elektrik dan air, amalkan amalan kitar semula melalui konsep 3R, dan jangan buang sampah merata-rata. Ha, itulah sebenarnya Kempen Hijau. So, x payah banyak songel, lets watch this video first ha. Dia ni kreatif, kritis dan berinovasi dalam menzahirkan apa yang ingin di sampaikan. Renung-renungkan dan selamat beramal!!!



Nama pun sampah~



_ E. N. D _


Wednesday, March 2, 2011

IDEA....IDEA.....

Mana nak cari idea ni????




Ouh, aku semakin mengira hari dan waktu. Idea plak makin menyusut. Aku kekeringan idea. Kalau la idea ni boleh di topap, x payah la aku pening-pening kepala nak fikir mana nak cekau idea tuk menjadikan hiasan menarik. Puas dah aku godeh sana sini cari idea macam mana nak buat, tapi semuanya menuju jalan buntu.

Urm, entry yang sangat ringakas untuk rilexkan jap otak aku ni yang tengah sarat berfikir.

_^@@^_

_ E. N. D _


Thursday, February 24, 2011

MALANG + BAD DAYS!!!!!!

Guys,apalah nasib aku hari ni...


Malang tak berbau. Andaikata boleh bau,confirm aku akan elak. Tajuk aku: HARI INI ADALAH HARI MALANG AKU. Benar deh! Ni la hari yang paling malang pada aku. Boleh juga aku kategorikan hari yang sedih. Ouh,aku berada dalam keadaan yang amat tertekan! U guys imagine this :

  • U r waiting almost 6hrs,then,u got NOTHING!
  • After u try hardly to get it, then,u got NOTHING!
  • After u try for second time to get it, finally u got NOTHING!

Pernah dengar lagu dari penyanyi Rahmat, Pusara Di Lebuhraya..? Hoho, i will change it to become Tears In Highway.. Betol ke ayat English aku ni. Hah! Wateva,janji aku faham. Kalo salah, sila tinggalkan pesanan di sebelah kanan blog aku ni ye. :D

Ni la antara perasaan yang paling sedih dapat aku rasa hari ni. Sebelum ni aku telah kehilangan seseorang untuk selama-lamanya. - AKU SEDIH -. At the same time, i'm missing my ex-bf. - AKU SEDIH -. Dan hari ini, aku merasa perasaan yang sama kala aku kehilangan mereka dahulu. - AKU SEDIH -. Dulu, aku pernah menangis dalam hujan lebat ketika hati aku sangat pedih. Benar. Aku tak bohong kat korang semua. Aku dapat rasakan satu bebanan yang amat berat terlepas dari bahu aku kala itu ketika aku menangis dalam hujan lebat. Wah, sangat romantik kan kalo seorang lelaki memujuk seorang wanita dalam hujan lebat. Persis Bollywood nyah... Tapi masa tu, bukan adegan pujuk memujuk, tapi adegan aku memujuk hati sendiri aku yang sedang duka nestapa. Tapi hari ni aku menangis di lebuhraya pula sambil menunggan tenggiling kesayangan aku. Nasib baik x de sape yang nampak,kalo x HUH! Kalo x konfem aku tutp muke serta merta. Hahahaha...

~Leave me alone for a while to calm down my feeling~

~ Take a deep breath ~

_ E. N. D _


Monday, February 14, 2011

HARI INI HARI ISNIN

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Malam yang sunyi. Aku x boleh nk pejamkan mata. Uh, kenapa ya?? So, terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran Junjungann Besar nabi Muhammad S.A.W. Penghulu segala Nabi. Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH dan Dialah Kekasih ALLAH. Mari kita berselawat... Allahummasolli ala saidina muhammad, wa'ala ali saidina muhammad.. Alhamdulillah...


Tiada Tuhan Yang Di sembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH



Muhammad



ALLAH Yang Maha Agung!!!


_ E.N.d _



Wednesday, February 9, 2011

INSYAALLAH

Maher Zain Cakap Melayu??

Sayu Hati...

"andainya, kau rasa tak berupaya
hidup sendirian , tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah, berputus asa
kerana ALlah bersamamu...... "

Ouh Maher Zain..... Suara dia memang sedap lemak berkrim. Dan Maher Zain telah kotakan janjinya untuk nyanyi lagunya yang panas dan hot tu, Insyaallah ( Dengan Izin Allah ) dalam versi Melayu pula. Aku rasa sungguh terharu dan berbangga kerana setiap butir lirik yang di ungkapkan amat jelas dan penuh makna.





INSYAALLAH

andainya.....
kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah.....
berputus asa
kerana Allah bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,

andainya....
kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru
atas kesilapan lalu,
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana, Allah bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

kembalilah....
kepada yang Esa,
yakin padanya
panjatkanlah doa, uhh ya Allah,
hilang daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar
jalan yang benar , jalan yang benar

InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

***************************************************************

Ouh,sungguh syahdu. Dari lirik lagu ini juga menggambarkan bahawa penyanyi ini suatu ketika dahulu pernah tersasar jauh dari landasan yang benar. Syukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar.

Di petik kata-kata pengakuan dari Maher Zain sendiri :


Maher Zain

“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.

“Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam"


MasyaAllah, Dengan izin-Nya, Dia berkehendak dengan sesiapa sahaja untuk di beri petunjuk dan gerak hati untuk bertaubat. Aku x berniat nak menulis panjang dalam entry ni. Cuma aku tergerak hati nak menulis mengenai hamba Allah ni ( Maher Zain ) sebab aku rasa terpikat dengan cara penyampaian dakwahnya yang begitu bersahaja tetapi mempunyai mesej yang mendalam serta intipati yang amat bersesuaian dengan zaman sekarang ni.

Alhamdulillah aku di lahirkan sedari azali adalah beragama Islam. Agama yang Benar dan Suci. Namun, seringakali aku ungkapkan, aku hamba ALLAH yang lemah. Seringakali alpa dan lalai dalam aturan hidup dunia ni. Ampunkan aku Ya Rob!

_ E.N.D _


Tuesday, February 8, 2011

HUJAN & PANAS

Mood Yang Berubah-ubah..

Selamat petang dan selamat menuju ke waktu malam. Ah,cuaca sekarang ni x menentu. Tadi tengahri panas, tup-tup petang blex keje, trus hujan. Alhamdulillah,sempat gak aku sampai umah. X la basah kuyup. Almaklumlah,penunggang motosikal seperti aku ni memang selalu camni. Pantang gerimis cket, konfem dah lencun baju kene hujan. Cuaca yang berubah-ubah sama gak cam cuaca empunya blog ni. Ntah la, sejak akhir-akhir ni aku rajin sangat nk melayari tenet dan bende yang paling aku nk tgok ialah fb aku ( yg x bape ramai friend tu ) ~promote skali fb aku : an ixoraabah!!

promote2 FB...

Dan yang pasti, tiap kali aku on fb aku, ada 1 friend yang pasti aku buka dulu. Teeeetttt!!!! X mo bagitau la, malu nk ckp. Hehe... Npe ek? Hahahaha... Poyo la aku ni. First thing in my mind,** profile... Aku belek-belek. Gambar yg dah berkurun tu pon aku duk belek-belek lagi. But, something yang aku x suke, bile ada perubahan kat profile **. Oh, God... Y this happened???? Adoiya! Kenapa deh aku ni... Kalau sebelum ni, fb aku tu dah berhabuk baru aku online, tapi sekarang ni. Blex keje je, bende yang pertama sekali aku nak buat ialah : Sing in my FB. Dapat tgok sekejap pun ok la...

Peace di belakangnya!

Perlu ke upload frontpage fb **??? Ouh, x perlu la.. Biarlah aku hanya memandang dari jauh sahaja!!!! ~ lalalalala...

_ E.N.D _




Friday, January 28, 2011

RENUNG-RENUNGKAN...

Kun faya kun ~ maka jadilah ia

Aku tertarik pada satu kisah yang membuat aku rasa terpanggil untuk menulis dalam entry kali ni. Cerita yang cukup membuat jiwa bergetar, hati merintih dan perasaan tersedar. Kemudian,selesai membaca cerita ni, renung kembali dalam diri, apa perasaan kita. Berdebar... Biasa je.... X ambil peduli... Was-was...

Renung lagi,jika hati berdebar seusai membaca cerita ini, alhamdulillah, iman kalian masih lagi menebal dalam hati dan jiwa korang. Kalau anda rasa biasa je, rasa was-was betul ke cerita ni...fikir-fikirkanlah.. Selagi hidup bernama Islam, yakin ALLAH Tuhan Yang Di sembah, Nabi Muhammad Pesuruh-Nya, kalian tetap kena percaya bahawa ALLAH Maha Agung. Dia Maha Mengetahui...

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT
BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Dan memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberi petunjuk kepada kita semua agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

Adakah anda percaya ?

Tepuk dada, tanyalah IMAN......

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan :

Pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang dan di sekitar kita sendiri.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi,cuma kita tak tahu bilakah waktunya, tarikhnya dan jam berapakah ia berlaku.... Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Jadi sama-samalah kita renung sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

*Cerita di atas aku copy n paste dari salah seorang rakan facebook aku. Aku edit sikit dari segi gaya bahasa dan tatabahasanya supaya mudah dan menarik untuk menjadi tatapan kalian. *

Seperkara lagi yang perlu kita renungkan ialah berkenaan salah satu tanda kiamat di mana akan berlaku gempabumi di tiga tempat :
  • Timur tengah
  • Barat
  • Timur
Nah,sekarang jelas bukan, di mana-mana tempat sekitar kita telah di landa gempa bahkan bah yang amat dahsyat. Seperti yang kita sedia maklum...

12 Januari 2010

Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.


Mereka cuba menyelamatkan diri dari kejadian gempa

27 Oktober 2010

1 kejadian gempa bumi dan sekaligus Tsunami telah berlaku Pulau Mentawai Sumatera Barat.


Jalanraya kelihatan retak menanti belah akibat dari gempabumi.


ALLAHUAKBAR!!!

MASYAALLAH!!

SUBHANALLAH!!


Sahabat sekalian,

Aku x mampu untuk menghunus pedang dan menekan picu senapang melawan musuh. Aku tak punya wang yang banyak untuk memberi. Tapi aku punya sedikit kekuatan anugerah ALLAH ini untuk menaip tentang kebesaran ALLAH dan menyebarkan ilmu ALLAH ini. Dengan secebis nukilan dan usaha aku ni, semoga dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Terlebih dahulu aku mohon maaf andai kata dan bahasa aku ada kesalahan dan silap. Apa yang aku harapkan adalah, nukilan aku kali ni dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita semua. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari aku.



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Aku adalah hamba yang lemah. Ampunkan aku Ya ALLAH.

_ E.N.D _