Monday, November 11, 2013

Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang~

PAST IS PAST....

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berkurun sudah lama x update blog kesayangan aku ni.. bz katanya sampai nk jenguk kejap pon x de mase..Padahal ALLAH telah beri 24jam sehari semalam dalam kehidupan sehari-hari kan..Heheheh... so, untuk memulakan bicara,as a tittle " Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang".. tutup episod sedih yang lalu dan buka lembaran baru dalam kamus hidup.. lupakan kisah lama,bangkit dan bina serta mulakan hidup baru. memang pahit,tapi aku harus laluinya kerna ALLAH akan beri ujian setakat mana hamba-Nya mampu menghadapinya.. Jika kita diberi ujian,bermakna ALLAH sayangkan kita. Pasti ada sesuatu didalam kepahitan itu.Take a deep breath....hmmmmmmmmm...take out... take in..hmmmmmmm... take out.. rasa lega. so, lets start with starring story.

PERCUBAAN BARU

#glamprenuer#marineessence#bbplus#mineralcoffe#premiumbeautiful#parttime#sideincome#

Aku x pernah terfikir tuk menceburi bidang business online,tapi dek kerana lantaran hidup sendiri,,aku perlu cuba sesuatu yang baru..terlalu byk perkara yang perlu aku belajar dan perlu bermula dari bawah.. terima kasih pda kawan aku yang byk memberi tunjuk ajar. Sejujurnya,dlu aku amat takut dan malu tuk mencuba sesuatu yang baru kerana aku rasakan aku terlalu kerdil tuk mencuba segalanya dan merasakan aku x perlu dan x layak untuknya.Yess!!!! aku mesti cuba...jom kita teroka lebih dalam lagi... 

~feel exciting.. ouch! malu la... NOPE!! jangan malu untuk mencuba sesuatu yang baru!!!

1st step...

personal coaching. For the 1st step, i've been guided by my old friend and she's become my mentor ~ rzillah ari~yang banyak guide aku tuk menceburi bidang ni.. tq my mentor..so, pada kalian yang mahu sama-sama menceburkan diri dlaam bidang ni, find someone yang boleh guide, coaching, and teach u supaya kita akan merasa yakin serta lebih berani.

belajar dengan mentor aku

Second step

Kenali produk yang ingin dipromosikan.Yang pasti produk keluaran yang paling HOTTT adalah set Premium Beatiful seperti di bawah :

Premium Beautiful~

Premium Beautiful Superbrand

Antara kebaikan Premium Beautiful ( PB )

Memang tidak dapat disangkal lagi PB memang best.. aku dah merasakannya dan yang psti memg x kan rasa rugi tuk dimiliki jika ingin pembentukan postur dan bentuk badan yang anda ingini...

but, for starting....

Set mandian Marine Essence~

tapi buat permulaan, aku mencuba tuk menjual Marine Essence Body Wash dan Shampoo..u must try it and u will not regret!!!
Marine Essence
Marine Essence juga boleh didapati dalam bntuk berbuku. tapi aku suggestkan guna la yang liquid sebb mudah di bawa kemana sahaja dan mudah disimpan.


BB Plus Collagen~

Set minuman yang berkhasiat disamping dapat mengekalkan keserian wajah. dalam satu kotak ada 20scht. di bawah adalah antara kesan penggunaan BB Plus serta bagaiman ia berfungsi.. semoga bermanfaat ya!


Fungsi BB Plus


Fungsi BB Plus

dan yang pasti, byk lagi produk yang berkhasiat keluaran Hai O.. insyaalah, aku akan sentiasa update bagi tatapan semua.. dan bagi sesiapa yang nak order, boleh pm sy ye!


untuk pembelian dan pesanan dalam talian, boleh pm aku sendiri.. medium yang boleh anda hubungi :

Contact no : 013-7292126
We chat Id : Ixoraabah_04
Fb             : An Ixoraabah
Instagram  : Ixoraabah

in sha ALLAH... jika diizinkan aku akn sentiasa sedia untuk menerima tempahan/pesanan dari anda!!!!

^_^V

Usaha ..Ikhtiar... Tawakal..

                                 - E.N.D -


Friday, March 1, 2013

Rindu Bertandang Lagi~

Hampir 6 bulan

Dah hampir 6 bulan arwah tiada. sekejap je masa berlalu.. setiap hari adalah hari dalam hitungan kalendar aku. bukan setakat hari je yg aku hitung, tapi tiap hari x terhitung rindunya pada arwah... kadang aku terasa amat sunyi dan apa yg boleh aku lakukan adalah sibukkan diri dgn kerja seharian. saat yg paling aku terasa setiap hari adalah ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja. selalunya bile balik keje, aku akan berjumpanya walau sekejap dan aku akan meluahkan segala masalah ditempat keje padanya. fuhhhhh,,, hilang segala masalah yang tertanggung. kadang, bile aku drive kete, aku rasa seperti arwah ada disisiku, sabar dan tenang mendengar setiap keluhan ku.. kadang terbayang wajahnya yg amat tenang dan x pernah tinggikan suara denganku. hampir 4 tahun aku bersamanya, terlau banyak kenangan aku bersamanya. terlalu banyak. tiap kali aku dalam keadaan marah...x banyak kata yang akan dilemparkannya padaku, hanya....

"sabar sayang, ini kan hanya ujian yang kecil....."masih terngiang setiap kata dari arwah...

aku amat rindukan suasana seperti itu. rindu sangat. dia jadi tempat tuk aku luahkan segala-galanya...tapi kini, hanya sunyi yang menemaniku. mujur ada Honey, kucing kesayanganku jadi peneman. 


-Lirik Teman Pengganti-

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

lirik kata dalam lagu....

hari pertama arwah tiada, aku tidur dibiliknya.tidur di atas katilnya. itu permintaan aku sendiri.. rindu sangat pada arwah... aku amat terkesan dgn lirik lagu ni...

" Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti...."

biliknya kemas. katilnya tersusun rapi. baju t shirt yang terakhir dipakai serta kain pelikat tersusun kemas atas sejadah dan di atanya terletak kopiah hitam yang aku belikan di Angsana...bila aku lihat almari pakaiannya, amat kemas. tergantung kemas kunci duplicate kereta aku yang aku minta arwah simpankan..kemas dan teratur...cincin pemberiannya masih tersimpan rapi dalam simpananku..arwah memang seorang yang sangat simple tapi kemas.amat teliti dalam setiap perkara yang dilakukan. x de kata yang mampu aku ungkapkan ketika itu.. baju yang terakhir arwah ada dalam simpananku. msih terasa baunya....


tiada kata dapat aku luahkan.. hanya 1 kata je.. rindu... aku amat rindukannya.... hampir 6 bulan, kini rindu bertandang lagi.....

~aku sunyi dan rindukan dia....


- END -