Showing posts with label LIHAT MATA HATI. Show all posts
Showing posts with label LIHAT MATA HATI. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Pelangi Senja~

Ku rela ia pergi~

Assalamualaikum... ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Mengetahui segala-galanya... 






Lirik Lagu Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi

Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,

Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,

Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga

Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,

Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,

Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,

Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,

Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,

Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,

Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Sukar untuk mengukir kata-kata. hati aku masih lagi pedih, sedih dan pilu. aku sendiri x tahu nak mulakan dari mana tulisan aku kali ini. setelah seminggu ia pergi, barulah aku ada kekuatan untuk menulis di dalam blog ini dan kekuatan ini ku cuba isi dengan segala kenangan bersamanya. mungkin lama x menulis menjadi salah satu sebb, namun yang pasti ada sesuatu yang ingin aku coretkan. semua yang berlaku tak pernah terfikir dek akalku. Biarku coretkan sedari mula...

seminggu sebelum...

kaki kiriku selalu tersepak sesuatu. pernah tersepit pintu, terlanggar barang dan tersepak kerusi. kadangkala hatiku tidak tenteram, tapi hatiku tetap berbisik 'ah,,tiada apa yang berlaku. mainan perasaan..'
   
8 Sept 2012 - Sabtu

6:49am 
msj dari Fadil seperti selalu, tiap pagi sebelum balik dari tempat kerja, dea pasti akan msj aku. sudah menjadi kebiasaan. aku bersiap pagi itu kerana ada Jamuan Hari Raya di office aku bekerja.

8:45am
panggilan dari Nana, adik Fadil.. Fadil kemalangan. berkecamuk hatiku tidak tenteram. Ya Allah, selamatkan Fadil.

9:15am
bergegas ke HSAJB bersama emak, adik Nana dan Naz. berita terbaru dari Boy, adik Fadil.. Fadil tak sedarkan diri. telinganya berdarah, kemungkinan berlaku pendarahan otak. Ya Allah...aku seumpama tidak percaya berita itu. aku cuba kuatkan semangat dan tabahkan hatiku..''Fadil ok..insyaallah, Fadil ok...''.. hatiku memujuk... aku teruskan pemanduan. suasana sepi seketika...sesepi hatiku memikirkan Fadil. terbayang baru semalam aku berjumpanya sebentar, senyuman yang selalu terukir di wajahnya, gurau senda darinya.

9:35am
sampai di HSAJB, Wad Kritikal. dari jauh kelihatan abah dan Boy sedang menunggu diluar pintu. wajah mereka sugul.. aku dan yang lain bergegas mendapatkan mereka. fikiran aku hanya... - FADIL. 
Ya Allah, tubuhnya longlai di atas katil. telinganya masih lagi berdarah.. hatiku meronta ingin mendapatkannya, namun pihak Hospital sedang menguruskannya. aku cuba tenangkan hatiku..''tenang Farha, insyaallah Fadil ok..''. hatiku berbisik lagi. terasa deras darah mengalir. terasa pantas nadiku bergetar. dari jauh dapat ku lihat wajahnya. tiada senyuman. tiada gelak tawa. tiada senda gurau. 

10:45am
aku dibenarkan masuk ke dalam sebentar. kakiku terasa berat, namun aku gagahkan diri. Ya ALLAH, Fadil..tangannya ku genggam..ku usap pipinya. seakan tidak percaya.. benarkah ini Fadil ya Allah..??? hatiku terus bermain kata.

11:20am
doktor memberitahu bahawa,kedua-dua otak kanan dan kiri serta saraf tunjang Fadil mengalami kecederaan teruk. tiada apa yang dapat membantunya, even operation dilakukan, tetap tidak dapat menolongnya. masih segar kata-kata doktor....''awak kene redha, terus terang sy katakan pada awak, dia tiada harapan...".
aku rasa seperti dunia berputar tanpa henti. tertunduk seraya memandang ke arah Fadil yang masih terbaring. berita tersebut aku sampaikan pada adik Nana dan Naz. fikiran aku buntu. kosong. menerawang jauh..ku kuatkan semangat, telefon dan beritahu kepada rakan yang terdekat. 
kemudian, aku mendaftar masuk Fadil ke wad Neuro HDU, HSAJB.

12:30pm
Fadil dimasukkan ke dalam wad. 

1:10pm
kami dibenarkan melihatnya. Ya ALLAH....
aku genggam jarinya..berdoa.. ''Ya ALLAH, dgn segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh Fadil, aku mohon, sedarkan Fadil dan kembalikan ia padaku..". ku renung wajahnya. sayu... tangannya masih ku genggam erat. "sayang, tolong buka mata..jangan tinggalkan sy sendiri. sy x sanggup nak lalui sendiri....." hatiku terus berkata-kata mengharap ada sinar baru untuknya. namun, ia tetap diam.. aku rindu suaranya..aku tetap masih mengharap ia akan sedar..tolong syg, dengar bisik hatiku...seumpama puisi yang pernah aku beri padanya~


"putaran jam, degupan jantungku dan setiap perhitungan ku, hanya takdir yang tahu segalanya..."~

2:25pm
akhirnya ia pergi meninggalkan aku sendiri..hidupku kosong~ku kucup pipinya..renung ke dalam matanya..

5:30pm
jenazah sampai di rumah. baru kini aku sedar,benar, Fadil telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya... hanya kain putih membaluti tubuhnya yang terbujur kaku. aku kehilangan kata. ku kucup pipinya dengan beralaskan kain putih untuk kali terakhir.
terlerai segala janji untuk kami bersatu..

6:30pm
Fadil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai. ia pergi menghadap ALLAH yang Maha Esa. 


Muhamad Fadil bin Zainol Abidin....~

pergi ia takkan kembali. pergi ia tinggalkan ku sendri. pergi ia bersama janjinya. dan pergi ia bersama kenangan lalu...aku redha dan aku pasrah dgn takdir dari Ilahi. aku dan Fadil punya jodoh sehingga ikatan pertunangan sahaja. namun, aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengannya walau aku tidak dapat bersama dengannya hingga ke jinjang pelamin yang hanya berbaki 2 bulan sahaja dari tarikh perkahwinan kami yang sepatutnya akan berlangsung pada bulan Nov 2012, tapi aku gembira kerana sepanjang aku dengannya, aku dah cukup membahagiakan dan menggembirakannya biarpun dulu ia pernah disaluti duka perasaan dan terima kasih juga syg kerana memberi segala kasih sayangmu seikhlas hati padaku...

semoga ALLAH mengampunimu dan ia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah~


Friday, January 28, 2011

RENUNG-RENUNGKAN...

Kun faya kun ~ maka jadilah ia

Aku tertarik pada satu kisah yang membuat aku rasa terpanggil untuk menulis dalam entry kali ni. Cerita yang cukup membuat jiwa bergetar, hati merintih dan perasaan tersedar. Kemudian,selesai membaca cerita ni, renung kembali dalam diri, apa perasaan kita. Berdebar... Biasa je.... X ambil peduli... Was-was...

Renung lagi,jika hati berdebar seusai membaca cerita ini, alhamdulillah, iman kalian masih lagi menebal dalam hati dan jiwa korang. Kalau anda rasa biasa je, rasa was-was betul ke cerita ni...fikir-fikirkanlah.. Selagi hidup bernama Islam, yakin ALLAH Tuhan Yang Di sembah, Nabi Muhammad Pesuruh-Nya, kalian tetap kena percaya bahawa ALLAH Maha Agung. Dia Maha Mengetahui...

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT
BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Dan memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberi petunjuk kepada kita semua agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

Adakah anda percaya ?

Tepuk dada, tanyalah IMAN......

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan :

Pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang dan di sekitar kita sendiri.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi,cuma kita tak tahu bilakah waktunya, tarikhnya dan jam berapakah ia berlaku.... Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Jadi sama-samalah kita renung sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

*Cerita di atas aku copy n paste dari salah seorang rakan facebook aku. Aku edit sikit dari segi gaya bahasa dan tatabahasanya supaya mudah dan menarik untuk menjadi tatapan kalian. *

Seperkara lagi yang perlu kita renungkan ialah berkenaan salah satu tanda kiamat di mana akan berlaku gempabumi di tiga tempat :
  • Timur tengah
  • Barat
  • Timur
Nah,sekarang jelas bukan, di mana-mana tempat sekitar kita telah di landa gempa bahkan bah yang amat dahsyat. Seperti yang kita sedia maklum...

12 Januari 2010

Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.


Mereka cuba menyelamatkan diri dari kejadian gempa

27 Oktober 2010

1 kejadian gempa bumi dan sekaligus Tsunami telah berlaku Pulau Mentawai Sumatera Barat.


Jalanraya kelihatan retak menanti belah akibat dari gempabumi.


ALLAHUAKBAR!!!

MASYAALLAH!!

SUBHANALLAH!!


Sahabat sekalian,

Aku x mampu untuk menghunus pedang dan menekan picu senapang melawan musuh. Aku tak punya wang yang banyak untuk memberi. Tapi aku punya sedikit kekuatan anugerah ALLAH ini untuk menaip tentang kebesaran ALLAH dan menyebarkan ilmu ALLAH ini. Dengan secebis nukilan dan usaha aku ni, semoga dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Terlebih dahulu aku mohon maaf andai kata dan bahasa aku ada kesalahan dan silap. Apa yang aku harapkan adalah, nukilan aku kali ni dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita semua. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari aku.



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Aku adalah hamba yang lemah. Ampunkan aku Ya ALLAH.

_ E.N.D _