Thursday, November 25, 2010

dari DIA kita datang, kepada DIA jugalah kita kembali,,,

TAKZIAH

Salam takziah kepada famili arwah Noramiza binti Salim yang meninggal dunia pada 24/11/2010 sekitar pukul 11pm. Beliau dan suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Dan dalam kejadian tu juga, ALLAH telah mengambil 3 nyawa sekaligus dalam sekelip mata. Amat menyedihkan kerana ketika kemalangan, arwah sedang mengandung anak sulung berusia sekitar 2-3 bulan. Suaminya juga turut terbunuh dalam kemalangan itu. Arwah merupakan rakan sekerja aku,tapi beliau di department lain. Even aku bukan lah rakan rapat arwah, tapi kehilangannya amat di rasai. Dari pandangan aku, arwah adalah seorang yang mudah bergaul, mudah tersenyum,tidak sombong dan peramah.

Suasana di pejabat tadi agak murung kerana masing-masing masih lagi terkejut dengan berita yang tidak di sangka-sangka ni,tapi kita sebagai hamba yang lemah, harus terima segalanya sebagai ketentuan dari-Nya. Harus redha dan selalu ingat kepada Pencipta. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan betapa ahli keluarga yang terdekat merasa begitu kehilangan orang yang di sayangi.

Tiada daya untuk aku lakukan selain hanya sedekahkan surah al-Fatiha kepada arwah Miza da suami.. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH....

Aamiin,,,,

Friday, November 5, 2010

KUEYTEAW GORONG????

TERSASUL~

Aku amat suka makan kueyteaw goreng. Lebih-lebih lagi kueyteaw goreng+telor mata+sup kosong. Peh, sedapnye... Cam gambar kat bawah ni.

~Nyum..nyum.

Tapi kueyteaw goreng dan char kueyteaw ada sedikit perbezaan walaupun nama dah dkt2 sama. Kueyteaw goreng biasanya akan di campurkan kerang, sedikit ayam dan bahannya sama seperti biasa. Tapi kalo char kueyteaw pula sedikit basah dan biasanya akan di campur bersama udang dan sayur taugeh yang banyak. Dan ia berasal dari negeri di utara. Ni la antara yang aku taw..

~aku suke banget deh!

Ok2... Xyah banyak cakap. Aku nk citer cket. 2 hari lepas, aku g shoping brang personal cket ngn cyg Fadil aku. Then, prot pon rasa lapar. AKu ngn very xcited cakp ngn Fadil :

" Syg, sy lapo la. Nak mam kueyteaw goreng..." aku berkata dengn penuh semangat sekali.

Fadil memang dah tw sangat ngn pangai aku. Terlalu suke kueytew goreng dan mihun sup. Pastu kitorang pegi la kat sebuah restoran (hehehe...kedai makan la. Restoran tu cam upgrade sangat je aku ni ) sekitar Tmn U ni. Sambil menggerak2kan jari aku untuk menunggu waitress (akk yg amek oder) tu dtg,sebb aku x sabar nk oder. Bile akk tu dtg je, aku ngn yakin dan penuh bersemangat terus oder kat akk tu:

" Kak, sy nk oder KUEYTEAW GORONG 1! "...

Fadil tgok aku laen macam....................KUEYTEAW GORONG???

Terkerut2 dea tgok aku. Hehehehehe... ~ eh, aku salah...????

Akk yang amek oder tu pon siap nk ketawa tapi dea thn je ketawa,dari gerak bdn dea aku tw dea sedang ketawakan aku. Aku nk cover line,wat muka x salah, dan dengan intonasi penuh yakin, aku ckp lagi sekali :

" Eh, salah2. Sya naaaak KUEYTEAW GORONG kak....."

Kali ni ngn Fadil n akk tu ketawa sakan kat aku... ~alamak, camne la aku leh tersasul ni.. @^_^@

Last2 Fadil sian tgok aku yg asyik tersasul je, dea pon cover malu aku :

" Hehehe.. Kak, sebenarnya dea ni(sambil tunjuk kat aku) nk KUEYTEAW GORENG dan sup kosong..." Fadil sengih2 perli kat aku.

Haduh,x pasal2 aku malu yang amat sangat di sebbkan penangan kueyteaw goreng ni. Perkataan baru hasil gabungan 2 menu :

*kueyteaw goreng + sup kosong=KUEYTEAW GORONG !!!!!*

~ hampeh! Ni btol2 penangan kueyteaw! aku malu,,,!!!!!!!!

Thursday, November 4, 2010

KEAGUNGAN ALLAH..AKU HAMBA YANG LEMAH..

HAID TAK MENENTU

Apa yang aku nak coretkan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kadangkala kita sebagai Hamba-Nya mudah sangat merasa lupa terhadap-Nya. Lazimnya,, kita akn ingat kepada-Nya di kala susah dan kadangkala lupa di kala senang.
2 bulan lalu,pada September 2010, aku mengalami masalah haid yang tidak sekata. Sebenarnya ia bermula pada bulan Ogos. Menjadi kebiasaan, aku akan mencatat tarikh aku mula hinggalah habis *period. Tapi aku menjadi pelik, haid aku menjadi sebulan 2 kali ( iaitu pada awal bulan Ogos-sekali, akhir bulan Ogos - aku period lagi ) dan 3 kali sebulan pada September.

Mulanya aku x berapa nak risau sangat sebb dulu pon aku pernah mengalami masalah yang sama kerana waktu haid aku pasti akan kembali normal ( di mana waktu haid aku adalah awal bulan ). Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Biar aku congakkan masalah aku ni dalam bentuk number. Supaya korang faham situasi aku ni.

Bulan Ogos
  • 03/08/2010 (period awal bulan)

  • 30/08/2010 (period hujung bulan)

Bulan September

  • 01/09 - 07/09 (masih period sebb hujung bulan Ogos tu aku dah start period)
  • 15/09 - 22/09 (aku period lagi pada pertengahan bulan)
  • 25/09 - 02/10 (hujung bulan aku di datangi haid lagi selepas baru beberapa hari aku *bersih)

Bulan Oktober

  • 04/10 - 12/10 (period aku bersambung lagi untuk awal bulan Oktober)

NOTA KAKI :
* period - merujuk pada waktu aku di datangi haid supaya mudah di fahami
* bersih - kata mudah menunjukkan waktu habis haid dan boleh menunaikan ibadah yang wajib.

Dan bila aku mengalami keadaan seperti itu, aku mula risau dan banyak terfikirkan perkara negatif kerana bila seorang perempuan di datangi haid lebih dari 15hari dari tempoh biasa, maka darah yang keluar itu bukan lagi di sebut darah haid, tapi darah istihadah.


* Darah istihadah :


Darah yang keluar secara berterusan bagi wanita di mana ia keluar secara berterusan tanpa putus atau mungkin putus sekejap seperti sehari dua dalam sebulan di mana ia lebih lama dari darah haid.

Secara ringkas, begitulah pengertian darah istihadah yang dapat aku ungkaikan. Dan aku sendiri mengalami darah istihadah atau dengan kata mudahnya, ia adalah darah penyakit. Darah penyakit ni yang merisaukan aku. Dalam fikiran aku, takut kalau2 aku di serang penyakit yang berbahaya dalam senyap. Nauzubillah. Ya ALLAH, hindarkanlah. Kerisauan aku kian menebal kerana ada antara ahli keluarga terdekat ku yang meghidapi penyakit kanser. Ini lagi merisaukan aku kerana penyakit kanser boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan mana yang ada sejarah ahli keluarga yang meghidapi kanser.

Jadi, aku pun merujuk masalah aku di 2 tempat yang berbeza. Di hospital kerajaan dan di klinik swasta. Di petik dari apa yang doktor beritahu :

Di poliklinik hospital kerajaan :

  • Doktor kata : Aku mengalami hormon yang tidak sekata dan aku telah di beri pil hormon untuk mengaktifkan semula putaran haid aku supaya kembali normal.
  • Keputusan : Selera makan aku bertambah dan haid aku tetap tak normal!

Kemudian, aku mencuba pula di klinik swasta :

  • Doktor kata : Kemungkinan aku stress dan terlalu banyak fikir. Sebab itu ia mengganggu proses kitaran haid. Aku tidak di bekalkan ap2 ubat, tapi di sarankan banyakan berehat
  • Keputusan : Masih sama. Period aku masih lagi masalah.

Dan akhir sekali, aku tergerak hati untuk berkongsi masalah aku ni dengan adik aku. Alhamdulillah, ALLAH telah menemukan aku dengan jalan penyelesaian. Kebetulan adik aku berkawan dengan orang yang memang sedang dalam pembelajaran mengenai ilmu Islam dan cara pengubatan Islam dan beliau ada mengesyorkan aku cara untuk menghentikan darah istihadah.

Antara cara pengubatan yang di ajarkan oleh beliau amat mudah tapi yang penting hati mestilah tanamkan keyakinan terhadap ALLAH semua yang terjadi adalah Izin ALLAH. Inilah yang aku nak kongsikan bersama korang semua. Semoga cara ini dapat membantu korang yang mengalami masalah yang sama macam aku.

Apa yang di perlukan?

  1. Air paip sebaldi / sebesen (besen yang sedang2. Tak besar sangat. Tak kecik sangat. Bergantung pada keadaan keperluan )
  2. Ais 2 kilo
  3. Sebotol air mineral (botol kecil)
  4. Keyakinan pada ALLAH dalam hati semua(ini amat penting)

Bagaimana nak praktikalkannya?

Mudah sahaja. Ikut cara ni step by step, INSYAALAH, korang akan dapt hasilnya.

  1. Campurkan semua ais ke dalam air.
  2. Kemudian, bacakan Surah Fatiha (40x), selawat as-syifa' (7x) dan ayat Kursi (7x) dalam air yang telah di campurkan ais tadi. Seeloknya semasa di bacakan ayat-ayat di atas, tutup aurat dan yakin bahawa ALLAH Maha Penyembuh.
  3. Setelah selesai bacakan semuanya, ratakan air itu di seluruh badan dan niatkan: "aku mandi kerana nak putuskan darah istihadah dengan izin ALLAH ". Umpama macam kita mandi hadas haid. Tapi ini kita hanya perlu ratakan ke seluruh badan. Pastikan air mengenai kulit di badan dan seluruhnya.

Waktu melakukannya?

  1. Lakukannya selepas Asar. Dari pengalaman aku, masuk je waktu Asar lebih kurang dalam pukul 04:20pm dan selesai semuanya dalam pukul 06:00pm.

Tambahan lagi?

  1. Selepas selesai mandi semua, ambil air mineral dalam botol kecil tadi, kemudian di dalamnya di bacakan : Surah Al- Fatiha (1x), surah Kursi (40x), dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (100x), kemudian hembuskan ke dalam air itu, dan minum air itu secawan sambil niatkan dalam hati "aku minum air ini untuk keluarkan darah istihadah dengan izin ALLAH"
  2. Minum lagi air itu sebelum dan selepas tidur sambil niatkan seperti niat di atas.
  3. Ambil sedikit air mineral yang telah di bacakan ayat-ayat tadi, cuci di bahagian kemaluan, dan niatkan perkara yang sama seperti di atas.

Alhamdulillah, korang cuba la cara ni kalau ada antaranya mengalami masalah cam aku. Sungguh aku ni hamba-Nya yang mudah alpa. Masya-ALLAH. Tika aku meghadapi masalah, aku tidak terus minta pertolongan dari Dia, aku minta pada manusia yang sama seperti aku yang bersifat lemah. kenapa la bila aku ada masalah, aku tidak rujuk minta pertolongan dari DIA yang Maha Pemurah lagi Maha Penyembuh. Sungguh aku ni hamba yang lemah dan mudah alpa. Ampukan aku YA ALLAH!

Ini sahaja yang aku nak kongsi bersama korang. Last but not least, apa-apa sahaj yang korang nk lakukan, ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita dan mintalah pertolongan hanya dari dari DIA yang Maha Kuasa..

Amiin~

WASSALAM,,,,

MENGANTUK+BOSAN

CONTENG-CONTENG

Hari yang ngantuk dan busan! Minggu ni masuk minggu yang ke-2 aku bermastautin kat ofis baru. Suasana kerja baru + peraturan baru + undang-undang baru. semua baru. Mata ni dah ngantuk sebenarnya, tapi aku nak conteng-conteng jap... ~ Huaarrrrr!!!


aku di kala tahap kebosanan yang melampau! ~ nyum..nyum..

C YA DUDE!