Wednesday, May 12, 2010

AKU DAN PUISI



Assalamualaikum w.b.t,,,,


teringat sejenak aku bila sendirian mase aku baru-baru heart broken, byk aku amek dari kata2 HAMKA untuk jadikan semangat...cewah!!! maklum la. mase heart broken, semua perkara sedih cam ada kene mengene je ek... aku nk share something dgn kalian semua, satu puisi yang aku cipta tatkala aku sedang menulis di dalam diari kesayangan aku.. kadang tulis puisi berlaku secara x sengaja... tpi puisi ni aku tulis tika hati ku sedang gembira (alamak, ari ni mood jiwang ae). mari kita ramai2 bca. JANGAN TIRU!!! ~amaran dari AN~ heheheh.....


BIARKAN IA TERUS BEGITU..

Pusingan demi pusingan jam,
Sentiasa berputar,
Berputar dan terus berputar,
Menceritakan sesuatu, menggambarkan sesuatu,
Putaran itu jua telah membawa aku hingga ke saat ini,
Putaran itu jua,
Tidak pernah berbohong,
Saksi segala-galanya,
Dan ketika ia terus berputar,
Aku tetap lagi berdiri di sini,
Menghitung waktu dan saat yang mendatang,
Dan putaran itu seumpama....
Degupan jantung ku yang masih lagi bersama ku,
Putaran itu akan berrhenti berputar....
Tika degupan jantung ku tidak lagi berdegup,
Ketika itu,
Aku akan tetap menghitung,
Waktu dan saat dalam suasana yang berbeda.....
Putaran jam, degupan jantung dan setiap perhitungan ku.....
Hanya takdir yang tahu segala-galanya.......

written : AN, 10.06pm, 03 Mei '09, Ahad
~ senyum jap :) ~

aduh,,aku x mo lagi rase heart broken!!! sedih woooo....

dan aku masih ingat,’CINTA mengajar kita MEMBANGKITKAN KEKUATAN,bukan untuk MENJADI LEMAH’.. benar, CINTA kalo di semai dengan sebaiknya, pasti ia akan mendatangkan kebaikan. adoiii,, hape ni.. layan jiwang lak ari ni... mari2!!!!! sama-sama kita layan blues.


kerana tiada kemaafan dalam diri seorang insan yang telah kau lukakan


wallah wey, jantung ku telah di robek!! cinta ku telah pergi bersama angin lalu... ~ shiuhhhhh....
dan kekadang aku suke dengar lagu Alyah ni, wat aku ingat blex kisah dulu2. memang betol la...


Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan,
Bermula di saat itu,
Tidak senada irama dan lagu,
Begitu hidup ini,
Tiada yang abadi,
Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti,
Kau telah jauh, jauh dariku....
Tiada ruang di hati buatmu,
Namun harusku akui,
Ada ketika di minda kau menjelma kembali,
Sekali segala ada,
Ada rindu yang datang tiba2,
Tak mungkin kerana sayang,
Cuma terganggu oleh perasaan,
Begitu hidup ini....
Tiada yang abadi,
Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti................


hehe... tiada apa yang pasti, semua telah berlalu hanya meninggalkan kenangan sahaja. tak boleh nk undurkan masa. setiap apa yang terjadi pasti akan ada hikmahnya, cuma kita je yang kadangkala tak sedar hakikat sebenar termasuk la aku ni... so, wish u all happy with yr loves one..


-wassalam-

0 comments:

Post a Comment