Tuesday, October 26, 2010

MENUNGGANG MOTOSIKAL????

Wanita menunggang moto??? Pelik ke? Bukan perkara yang luarbiasa sebb tu dah jadi perkara biasa. Lebih-lebih lagi mana kaum Hawa yang sama spesies cam aku ni, masih belum mampu untuk memiliki sebuah kenderaan motokar( kete la tu maknanye ). Alhmdulillah, at least aku ada kenderaan untuk bergerak. Masa aku blex kg last week, dalm fikiran aku terlintas untuk share something kot-kot mana la tw kan u all di luar sana yang baru nak berjinak-jinak nak mencuba plak menunggang motosikal selain pengangkutan awam.. Tak sesukar mana,cume apa yang aku nak share di sini, mcm mana nk menunggang moto dengan selamat. Lebih-lebih lagi penunggang motosikal itu adalah terdiri daripada kaum Hawa. Memang nampak simple je bende ni, tapi apa yang aku perhatikan, bende yang simple tu kadang kala bole mengundang keburukan tanpa kita sedari. Antara dialog yang pernah di lontarkan kat aku:
"ala, stat moto, tekan starter,,,jalan.. apa susah" ~ itu antara dialog yang pernah singgah kat cuping telinga aku ni.

"ish..bahaya la naek moto, aku takot..." ~ ni pon ada gak. Mungkin dea seriau dgn pengalaman lalu kot.

" fuyyoo! minah rempit! " ~ pada hal aku bukan la rempit mana pon. ( bw moto pon ala-ala 40-60km je, rempit plak! ) hahahaha..

Wat eva! apa yang penting perkara pertama yang perlu di ambilkira ialah:


MEMPUNYAI LESEN MENUNGGANG MOTOSIKAL YANG SAH ( LESEN B2 )

  • Dude! kalo x de yang ni , jgan mimpi la bawa moto ae... Sah2 salah di sisi undang-undang tw.. ( tapi dulu aku pon bw moto x de lesen. Hahahahaha... Tapi, sekarang dah de dah). Pastikan dah ada lesen baru bawa moto.


KELENGKAPAN YANG MENCUKUPI

  • Ni yang harus dititikberatkan. Antara kelengkapan yang haruslah di cukupkan oleh seorang penunggang moto. HELMET. RAINPANT. Ni antara yang penting. HELMET hendaklah menepati piawaian ynag telah di tetapkan oleh kerajaan dan mempunyai COP SIRIM. Dan aku nasihatkan kalo nak beli HELMET, beli la yang ada penutup muka sebab bile korang ngah bawa moto dapat hindarkan dari terkene habuk ke, batu-batu kecil ke serangga ke atau apa sahaja yang dapat singgah kat muka.


Wehhh,korang jangan la pakai helemet camni. Bahayakan korang sendiri dowk! Tambah pulak x sesuai nk pakai kat atas jalan raya. Silap-silap, helmet korang terbang ntah ke mana plak..


Ha, helmet camni pon cara gak. Ada penutup. Selamat. Bergaya. baru la ada feel nak bawa moto..

Bukan je HELMET yang harus korang ambil pusing, penyediaan RAINPANT ( baju hujan ) gak ada pentingnya. Bukan apa, untuk mengelakkan baju korang berbau bau yang kurang menyenangkan ( ni untuk yang nak berjalan jauh. Urm, cam korang nak blex kg ke ) di samping bagi memberi keselesaan ketika hujan. Kebiasaannya baju hujan akan di simpan dalam box atau ruang di bwah seat.

MOTOSIKAL DAN MAINTENANCE

  • Korang jangan hanya tahu bw je moto tu, maintenance moto juga harus di pandang penting. Tukar minyak hitam paling koman pun 3bulan sekali. Tu dah kira ok tukar minyak hitam selalu berbanding dari stat bli moto sampai dah nak kokak moto tu, x tukar2, lagi haru!!. Aku pon bukan tau sangat pasal moto. Kalo tanya nama2 dalam bahagian moto, konfem aku x bleh nak jwab. Tapi macam yang abang aku selalu pesan, minyak hitam, tayar moto, selalu kene perhatikan.. Dan yang paling penting dari segalanya.. MINYAK MOTO mesti kene terisi dowk! Kalo x, naya kene sorong moto. Perit tu sorong moto. Aku x mo!!!!!

KETIKA SEDANG MENUNGGANG

  • Masa korang tgh tunggang moto tu, make sure korang berada di sebelah kiri jalan. Jangan plak korang wat jalan tu cam korang yang punya. Agak-agak korang rasa moto yang korang tunggang tu dalam lingkungan 40-60km/h, jangan la bermimpi duk kat tengah2 jalan. Lalu la di sebelah kiri jalan. X susahkan pengguna jalan raya yang laen. Silap hari bulan kalo korang stil duk kat laluan kanan dengan tahap kelajuan yang di nyatakn di atas, perkara yang akan korang alami: BUNYI HON YANG AMAT KUAT. HERDIKAN DARI PENGGUNA YANG LAIN. dan yang paling teruk,korang akan dapat MAKIAN YANG HEBAT!!!! Hahahahaha.... So, jangan la wat macam tu. Kalo korang hebat sangat, pegi la kat litar berlumba. Baru cara beb,,!!

* Lagi 1 aku nak ingatkan korang, kalo korang ada nk bw handbag or something else, pastikan beg korang di simpan di tempat yang selamat seperti box atau di bwah seat... *

FOKUS SEMASA PENUNGGANGAN

  • Memang tak di nafikan kalo kita menunggang moto ke memandu kereta ke, fokus kita kadangkala teralih di sebabkan hal persekitaran kita. Tapi AWAS ya, jangan sampai korang hilang tumpuan dan akhirnya mengundang padah.. Kadang aku sendiri terpandang2 tempat laen. Maklum la yang bw moto ni kaum Hawa, seringakali mendapat siulan dan mereka-mereka yang berkenaan. Hahahaha~poyo la aku ni!
  • Kalo agak2 korang penat, pastikan korang mendapat tido yang secukupnya. Jangan jadi macam aku ni yang pernah tertido masa bw moto... Seyez beb... Tapi alhamdulillah, aku cume terpejam jap je... Bile tersedar, aku hampir melencong ke jalan laen.!!!

Then, aku rasa tu je yang aku nak share. Yang penting korang kene la selalu berhati2 ya! Ingat!!!

  • Nyawa korang lebih berharga dari segalanya, so, BERHATI-HATI,,
  • Biar lambat asal selamat
  • Ingat la orang yang tersayang

Last but not least,untuk memulakan sesuatu, cukupla korang mulakan dengan ucapan, BISMILLAH (Dengan nama ALLAH), Insyaallah, yakin bahwa kita di bawah Lindungan-Nya. ~Amiin ~

C ya!!!!

0 comments:

Post a Comment