Thursday, November 25, 2010

dari DIA kita datang, kepada DIA jugalah kita kembali,,,

TAKZIAH

Salam takziah kepada famili arwah Noramiza binti Salim yang meninggal dunia pada 24/11/2010 sekitar pukul 11pm. Beliau dan suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Dan dalam kejadian tu juga, ALLAH telah mengambil 3 nyawa sekaligus dalam sekelip mata. Amat menyedihkan kerana ketika kemalangan, arwah sedang mengandung anak sulung berusia sekitar 2-3 bulan. Suaminya juga turut terbunuh dalam kemalangan itu. Arwah merupakan rakan sekerja aku,tapi beliau di department lain. Even aku bukan lah rakan rapat arwah, tapi kehilangannya amat di rasai. Dari pandangan aku, arwah adalah seorang yang mudah bergaul, mudah tersenyum,tidak sombong dan peramah.

Suasana di pejabat tadi agak murung kerana masing-masing masih lagi terkejut dengan berita yang tidak di sangka-sangka ni,tapi kita sebagai hamba yang lemah, harus terima segalanya sebagai ketentuan dari-Nya. Harus redha dan selalu ingat kepada Pencipta. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan betapa ahli keluarga yang terdekat merasa begitu kehilangan orang yang di sayangi.

Tiada daya untuk aku lakukan selain hanya sedekahkan surah al-Fatiha kepada arwah Miza da suami.. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH....

Aamiin,,,,

0 comments:

Post a Comment