Sunday, December 5, 2010

Tiada Lagi Yang Tinggal, Hanya Kenangan......

KAMI HANYA INGIN BERTEDUH

Assalamualaikum... Entry kali ni, aku rase lebih kepada penceritaan kisah hidup aku sebab terus terang aku katakan sejak kebelakangan ni, aku lebih suka untuk menjeruk diri dan merenung kembali apa yang berlaku pada ku untuk renungan bersama. Namun, bukanlah mahu membuka pekung di dada, tapi aku rasa lebih kepada luahan hati aku.

Sukar untuk aku mencari titik nokhtah dalam cerita aku ni. Dan sukar juga untuk aku menyuntik kisah aku dari arah mana. Urm.... biarlah aku mulakan coretan aku ni. Aku hidup dalam kenangan yang kadangkala menyentak jiwa aku ke dalam ruang amat sempit. Aku amat rindukan gelak tawa dan senyum manis mereka. Entah bila agaknya kenangan itu kembali tercoret dalam lakaran lembaran hidupku seharian. Benar, aku berasa amat sunyi sekarang ni. Besar sungguh ujian yang ALLAH beri pada aku dan sejauhmana aku mampu menggalasnya. Tapi, kita sebagai hamba-Nya harus redha dengan segala bentuk ujian yang di berikan.

Ketika aku sedang menginjak ke alam dewasa, aku telah kehilangan seseorang yang amat aku kasihi. Terlerai segala anganan ku untuk menebus segala jasanya tika aku telah tamat pengajian ku. Tiada apa yang aku mahu lakukan dalam hati ku melainkan mahu membuat ia merasa bahagia. Dan dalam keghairahan aku mencari apa yang aku mahukan, aku terlupa untuk menjaga hatinya. Hatinya hanya sekecil jasad yang tidak dapat di lihat, tapi mempunyai impak yang besar jika ia merasa terkecil hati. Sungguh aku ini terlalu naif dalam kewajipan aku menjaga hatinya. Hati seorang insan yang melahirkan aku dari rahimnya. Mungkin secara luaran aku tidak tahu yang perbuatanku itu sedikit sebanyak mengguris hatinya. Sungguh aku tidak tahu. Dan kini setelah aku merenung kembali apa yang telah aku lakukan dahulu, seumpama hamparan yang besar terhidang di hadapan ku yang aku pernah membuat silap terhadapnya.

Aku sungguh sunyi tanpa mereka di sisi. Dan kesepian itu semakin menyentak jiwa ku tika mana sesuatu telah berlaku terhadap kami. Telah jelas perpecahan secara halus sedang berlaku dalam kehidupan kami. Aku tidak mahu ia berlaku. Mungkin di sebabkan kami masih lagi muda dalam mencatur hidup dan berfikiran singkat. Setelah mereka tiada lagi, aku hanya mahu menumpang kasih dan hanya mahu berteduh di ranting kehidupan yang sunyi ini.

- Aku terlalu rindukan mak dan abah -

Seketika kenangan itu kembali~




0 comments:

Post a Comment