Wednesday, February 9, 2011

INSYAALLAH

Maher Zain Cakap Melayu??

Sayu Hati...

"andainya, kau rasa tak berupaya
hidup sendirian , tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah, berputus asa
kerana ALlah bersamamu...... "

Ouh Maher Zain..... Suara dia memang sedap lemak berkrim. Dan Maher Zain telah kotakan janjinya untuk nyanyi lagunya yang panas dan hot tu, Insyaallah ( Dengan Izin Allah ) dalam versi Melayu pula. Aku rasa sungguh terharu dan berbangga kerana setiap butir lirik yang di ungkapkan amat jelas dan penuh makna.





INSYAALLAH

andainya.....
kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah.....
berputus asa
kerana Allah bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,

andainya....
kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru
atas kesilapan lalu,
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana, Allah bersamamu

InsyaAllah, insyaallah, insyaallah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

kembalilah....
kepada yang Esa,
yakin padanya
panjatkanlah doa, uhh ya Allah,
hilang daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar
jalan yang benar , jalan yang benar

InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah,
ada jalannya,

***************************************************************

Ouh,sungguh syahdu. Dari lirik lagu ini juga menggambarkan bahawa penyanyi ini suatu ketika dahulu pernah tersasar jauh dari landasan yang benar. Syukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar.

Di petik kata-kata pengakuan dari Maher Zain sendiri :


Maher Zain

“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.

“Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam"


MasyaAllah, Dengan izin-Nya, Dia berkehendak dengan sesiapa sahaja untuk di beri petunjuk dan gerak hati untuk bertaubat. Aku x berniat nak menulis panjang dalam entry ni. Cuma aku tergerak hati nak menulis mengenai hamba Allah ni ( Maher Zain ) sebab aku rasa terpikat dengan cara penyampaian dakwahnya yang begitu bersahaja tetapi mempunyai mesej yang mendalam serta intipati yang amat bersesuaian dengan zaman sekarang ni.

Alhamdulillah aku di lahirkan sedari azali adalah beragama Islam. Agama yang Benar dan Suci. Namun, seringakali aku ungkapkan, aku hamba ALLAH yang lemah. Seringakali alpa dan lalai dalam aturan hidup dunia ni. Ampunkan aku Ya Rob!

_ E.N.D _


0 comments:

Post a Comment