Monday, December 6, 2010

THE ARRIVALS

Layan Cerita

Sukar untuk aku jelaskan bagaimana dunia ini telah di kawal oleh satu pemikiran dan ideologi yang kadangkala langsung tak masuk dek akal yang waras. Namun, selagi segala unsur yang bernama nafsu terus bermaharajalela, akal tidak lagi mampu menguasai jasad. Pegangan yang kita pertahankan haruslah tetap teguh dalam diri tanpa ada rasa sangsi. Kali ini aku nak berkongsi haluan bersama kalian semua.

Malam tadi aku ada layan satu cerita bersifat dokumentari yang di sampai oleh sekumpulan anak muda yang amat berani. Untuk permulaan, let we watch this video first. Mana-mana yang pernah dengar, pernah lihat dan tahu akan kewujudannya, aku minta dari kalian untuk memberi pendapat.




Sebenarnya dokumentari ini mempunyai siri jelajahan yang banyak. Puluhan episod di tayangkan dan sehingga malam tadi, aku hanya sempat meninjau cerita ini sampai episod ke-19. Aku tahu mengenai cerita ni pun dari adik aku yang beriya-iya suruh aku tengok dokumentari yang padat dengan isi-isi penting. Apa yang dapat kupaskan di sini ialah :

  • Kedatangan Dajjal - bila? di mana? apakah itu Dajjal?
  • Kebenaran kitab Suci kita, Al-Quran - yang sebenarnya kitab yang di turunkan kepada seluruh umat Islam di serata dunia
  • Imam Mahdi
  • Propaganda
  • Fahaman Freemason
  • Dunia baru

Jika kita menghayati dengan teliti dokumentari ini, jelas bahwa kita sekarang ini sedang di awasi dan di kawal oleh mereka yang tamakkan harta dan kekayaan. Terus terang aku maklumkan, aku bukanlah di kategorikan dalam golongan intelektual yang pakar dan bijak melemparkan hujahan. Aku akui, aku adalah kategori orang biasa yang dangkal ilmu yang dalam usaha mencuba mencabar diri aku sendiri supaya berani untuk melontarkan buah fikiran ku.

Dan dengan adanya medium seumpama ini, memberi ruang untuk aku berkongsi dengan kalian semua. Sekurang-kurangnya aku dapat sama-sama menyampaikan ilmu kepada anda semua. Kalau boleh aku tak mahu menulis panjang lebar dalam setiap entry hanya cukup sekadar berkongsi dan meyampaikan sahaja.

Memag amat sukar untuk aku jelaskan di sini, apakah yang sebenarnya terkandung dalam cerita The Arrivals ini, tapi aku syorkan kepada korang, tengok sendiri, dan fikir-fikirkanlah.

Sesungguhnya, "Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Di sembah Melainkan ALLAH, dan Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah...".

Janganlah kita terpesong dengan pegangan ini, kerana Tiada Yang lebih Agung dan Tiada Yang Lebih Berkuasa di Alam Semesta ini hanya DIA, ALLAH Yang Maha Esa. Aku adalah hamba lemah, aku akui itu. Aku berharap entry yang pendek ini mampu memberi sedikit ingatan kepada kita semua.

~ Aku mahu mencari lagi......


2 comments:

ummu raudhah said...

perkara yang sukar difahami akan lebih dirasai kepuasan apabila diri kita dapat memahami dengan lebih mendalam..begitulah ilmu yang dipinjamkan Allah kepada setiap hambaNya..bergantung pada diri kita sendiri bagaimana untuk mencari,memahami dan memanfaatkan..thanks for sharing..=D

AN_ixora said...

ya...kefahaman itu sendiri x akan dapat kalu kita x cuba untuk mencari... hope ALLAH help me in any way i do...

Post a Comment