Monday, December 6, 2010

SALAM MAALHIJRAH 1432H


Salam To ALL

Ingat lagi x bait lagu ni....

" Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman....."

Kalau sape-sape yang lahir sama tahun dgn aku (tahun 1985), kotak fikiran korang akan tergambar barisan murid bernasyid menyanyikan lagu ni. Tahun baru dalam kalendar Islam setelah bulan Zulhijjah melabuhkan tirainya. Dan Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian,,,,,,

Dan tanpa kita sedari, tahun demi tahun silih berganti begitu cepat. Demi masa juga lah, andai kita berfikir kembali bahawa nikmat masa yang ALLAH telah berikan kepada kita telah di tarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari halnya.

Semoga kehadiran MaalHijrah tahun ini memberi seribu satu rahmat dari-Nya yang amat besar. Ampunkan dosa ku Ya ALLAH, Ya Rob!!!

Syukur,hingga menjelang tahun baru ini, aku masih lagi bernafas di alam ini. Ku panjatkan doa kesyukuran kepada Ilahi.. Aaminn, ya robbal alamiiinn.... ~



0 comments:

Post a Comment