Friday, December 31, 2010

PENUTUP TIRAI 2010

- Yang Terhangat, Terhangit & Terbangkit -

Tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Dan tahun 2011 bakal mengisi ruang hidup harian kita. Aku konfem tiap kali nak masuk tahun baru, perkara yang terlintas kat fikiran kita ialah mengenai usia, masa yang telah berlalu dan masa akan datang. Yang single terfikirkan bila nak kawen, yang dah kawen terfikirkan tambah jumlah ahli keluarga dan yang sememangnya dah bertambah ahli keluarga akan terfikirkan hal keluarga yang semakin membesar. Urm,aku x nak berceloteh panjang sebab aku penat nak nak menaip, dan korang pun penat nak membaca.


YANG TERHANGAT!!!!!

  1. Pasukan bola sepak Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AAF . 1 pencapaian yang membanggakan lebih-lebih lagi rakyat Malaysia telah lama menunggu saat ini setelah 14tahun penantian negara Malaysia membawa pulang piala kebanggaan semua. Secara tak langsung memartabatkan arena sukan bola sepak dan merancakkan lagi korum perbincangan masa depan bola sepak kita..
Aku bukanlah pandai sangat nak menghuraikan tentang sukan ni, lebih-lebih lagi aku ni jenis x berapa terer bersukan. Takat sikit-sikit tu boleh la. Dan setelah aku cuba mencari apa yang menarik tuk aku share dengan korang semua, tetiba aku baru dapat idea untuk meng'upload' video highlight final Malaysia vs Indonesia.



Malaysia Boleh!!!

Secebis semangat yang membara untuk kalian semua... ~mari nyanyi beramai-ramai....

Inilah Barisan Kita

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,

Jangan harap kami pulang!

Inilah sumpah pendekar kita,

Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,

Taburlah bunga di atas pusara.

Kami mohon doa,

Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,

Menuju medan bakti!

* sumber dari Beautiful Nara (terima kasih Abg Nara ) *

Harian Metro hari ini memaparkan wira bola sepak kita di kerumun oleh bukan setakat ratusan orang malahan ribuan peminat yang seawal lagi telah menunggu mereka di KLIA.

BANGGA...ketua pasukan bola sepak negara,  Mohd Shafiq Rahim menjulang trofi Piala AFF  di hadapan ribuan penyokong bola sepak negara  di KLIA, semalam.

Piala Suzuki AAF di julang oleh Kapten Pasukan Mohd Shafiq Rahim.

*sumber dari Harian Metro *

Pada pandangan peribadi aku, ternyata congakan dari jurulatih skuad kebangsaan kita, K Rajagopal amat tepat. Setiap rencana berjaya di atur oleh anak didikan beliau. Semangat yang jitu tidak pernah pudar walau apapun halangan yang mendatang. Go go caiyo' Malaysia!!!!!

========================================================

TERHANGIT!!!!!


Dan yang pasti, hadiah yang bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila PM kita, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa hari ni 30/12/10 adalah cuti umum. Huuu,best2x... dan paling x best skali bile aku terpaksa bekerja pada hari semua sedang bersuka ria bercuti. Isk2x... ~sungguh pilu!!! @_@ . Ni yang paling terhangit! Orang cuti, aku duk lagi asyik keje je.. ~ adoi!!!!



bosannye!!!!

Yang pasti, kalau dah bosan, macam2 gelagat yang dapat kita lihat di sekitar.


aku x taw la ada antara korang yang punya byk idea sampai mencurah2 cmtu sekali. Ish2x.. hebat!

Yang paling kreatif....
.
.
.
.
.
.
.
.
.


perhatikan ya....


dea ni memag kreatif.Aku x tau la kebosanan dea ni dah sampai tahap ke berapa...


hehehehehe... macam-macam daaaa...



aku no comment! ~sungguh kreatif beb!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

link ke http://mynameisideal.blogspot.com



sungguh bosan bila dah terlalu bosan~ huh!


========================================================


TERBANGKIT!!!!

Pernahkah kita terfikir, buat apa membazir wang yang begitu banyak semata-mata kononnya mahu menyambut tahun baru???? Cukup la kalau hanya ucapan dan barangkali hanya ingatan kepada semua bahawa tiap kali tahun barganti tahun, tak perlu terlalu bersuka ria kerana kalau di fikirkan semula, usia kita semakin meningkat,bermakna kita semakin hampir kepada kematian. Belum tentu tahun depan kita masih bernafas. Dan kalau ya, Alhamdulillah. Kalau kita tidak lagi bernafas padahal banyak amalan yang belum di usaikan, berbaloikah pelaburan wang yang banyak semata-mata mahu menyambut tahun baru berbanding jika kita perbanyakkan amalan seharian.???? Ini hanya sekadar renungan kerana kita akan di bangkitkan di satu masa.

Aku juga insan biasa yang kadangkala alpa dan mudah lupa. Kadang aku juga terikut-ikut, tapi cepat sedarkan diri supaya bangkit semula dari terus alpa. Ini hanya sekadar renugan kepada korang termasuk aku ni yang selalu sahaja perlu di ingatkan. Aku hanya mahu berkongsi bersama kalian. Sememangnya yang buruk itu datangnya dari aku sendiri, tapi yang baik itu semua datangnya dari ALLAH S.W.T.


Dahulu aku juga pernah melakukan kesilapan. Ampunkan dosa ku Ya Allah!


ALLAH MAHA BERKUASA!!!!!


_ E.N.D _


0 comments:

Post a Comment